Membina Kebertanggungjawaban dan Kepercayaan dalam Pinjaman Sumber Awam P2P AppleTree

Segala-galanya Adalah Tentang Ketelusan

Platform pinjaman sumber awam dinyahpusat AppleTree akan memastikan tahap ketelusan lebih tinggi dengan menjadikan maklumat tersedia kepada kedua-dua peminjam dan pelabur/pemiutang yang menyertai platform. Kedua-dua transaksi terdahulu dan semasa boleh dipaparkan oleh peserta, memberikan pendedahan semua aktiviti seluruhnya. Apabila berlaku transaksi baharu, ia disiarkan melalui seluruh rangkaian. Interaksi adalah kedua-duanya tertera secara awam dan dikongsi, dengan tiada satu pun orang tengah yang mengawal sistem.


Segala-galanya Adalah Tentang Privasi

Blockchain yang digunakan bersama-sama dengan kontrak pintar melindungi semua pihak daripada memberikan maklumat sensitif kepada pihak ketiga. Identiti pelabur/pemiutang boleh dilindungi dengan pseudonim. Ini, digabungkan dengan penggunaan kriptografi kekunci awam untuk interaksi selamat, akan memudahkan satu tahap privasi untuk pelabur/pemiutang begitu juga kepada peminjam dalam Platfrom Pinjaman Sumber Awam P2P Dinyahpusat AppleTree. Pemiutang menghantar dana terus kepada peminjam tanpa melampirkan sebarang maklumat peribadi yang tidak berkaitan seperti alamat rumah atau nombor telefon, hanya amaun dana yang boleh dilihat oleh peserta lain dalam urusan.


Segala-galanya Adalah Tentang Kebolehharapan

Blockchain dianggap boleh diharap kerana salinan penuh lejar blockchain adalah diselenggarakan oleh semua nod aktif. Dengan itu, sekiranya satu daripada nod keluar dari talian, lejar masih tersedia kepada semua peserta dalam rangkaian. Kebolehharapan sistem AppleTree dilaksanakan dengan berkongsi dan menyimpan maklumat atas transaksi di seluruh sistem. Dengan pemudahan langkah-langkah automatik, kami mampu meminimumkan keperluan untuk campur tangan secara manual, dengan itu, mengurangkan secara ketara risiko kesilapan individu.


Segala-galanya Adalah Tentang Kefleksibelan

Mendapatkan pinjaman atau melaburkan dana dalam Platform Pinjaman Sumber Awam P2P AppleTree adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan bank atau platform pinjaman P2P konvensional. Pelabur dan peminjam juga boleh mengeluarkan dana/pendapatan/pinjaman mereka daripada platform pada bila-bila masa. Semua ini berlaku dalam persekitaran selamat dan terlindung yang bebas daripada campur tangan pihak kerajaan.


Segala-galanya Adalah Tentang Integriti

Mengikut reka bentuk, blockchain sememangnya kalis terhadap pengubahsuaian data. Lejar-lejar blockchain tidak boleh diubah, bermakna bahawa sekiranya penambahan data atau transaksi telah dibuat, ia tidak boleh diedit atau dipadam. Integriti data dilindungi melalui penentusahan transaksi oleh rakan dan pemfasilitasian interaksi langsung melalui kriptografi kekunci awam. Dengan itu, setiap pemiutang atau peminjam yang menggunakan platform Pinjaman Sumber Awam P2P AppleTree boleh menentusahkan ketepatan transaksi yang disiarkan berdasarkan tetapan peraturan yang dipradefinisikan.


Segala-galanya Adalah Tentang Tidak Boleh Diubah

Ketidakbolehubahan transaksi dalam lejar global menjadi faktor utama dalam membina kepercayaan merentas rangkaian pinjaman sumber awam P2P AppleTree. Sebuah pangkalan data yang dibina menggunakan teknologi blockchain direka bentuk untuk kekal tidak berubah dan tidak boleh dipadam sejurus ia telah ditambah pada blockchain. Oleh itu, transaksi yang tidak boleh diubah digunakan oleh AppleTree untuk menjadikannya mustahil bagi mana-mana pihak sekalipun untuk memanipulasi, mengganti atau memalsukan data yang disimpan di seluruh rangkaian. Ketidakbolehubahan membolehkan tahap tertinggi dalam kepercayaan dan integriti data serta menambah baik kecekapan keseluruhan dalam rangkaian pinjaman P2P sepenuhnya.