Pinjaman P2P

Yuran Termampu

Industri kewangan sebagaimana yang kita ketahui adalah penuh dengan pelbagai yuran, antaranya yuran transaksi, yuran memproses, yuran platform, yuran akaun, yuran pernyataan kertas, yuran cek kaunter, yuran perkhidmatan, yuran jururunding dan sebagainya – kesemuanya direka bentuk untuk menarik lebih banyak wang daripada klien. Penyelesaian berasaskan blockchain P2P AppleTree menghapuskan kos-kos tambahan dan meminimumkan yuran transaksi. Dalam sesetengah kes, yuran transaksi tidak wujud pun. Yuran lebih rendah bermakna lebih penjimatan untuk para peminjam dan pemiutang untuk jangka panjang.

Tepat Dan Menepati Masa

Pemindahan antarabangsa boleh mengambil masa yang lama, dalam sesesetengah kes, pemindahan mengambil masa dari beberapa jam hingga beberapa hari, bergantung pada negara, undang-undang, organisasi kewangan dan banyak lagi faktor lain. Bank tidak dapat memberikan masa dan tarikh tertentu untuk wang tiba ke dalam akaun. Dengan blockchain untuk industri P2P, situasinya jauh berbeza bagai malam dengan siang. Pemindahan biasanya hampir serta-merta, secara tipikal mengambil masa kurang daripada 20 minit untuk dana sampai ke destinasinya di mana-mana sahaja di dunia ini.

Kesaksamaan Global

Apabila tiba masa memperkatakan tentang wang, bank dan institusi kewangan lain telah membina corong antara rakyat negara berbeza. Beberapa ribu dolar mungkin merupakan jumlah yang amat boleh mampu bagi sesetengah rakyat negara maju tetapi memberi pinjam amaun wang seumpama ini mungkin agak menyukarkan bagi negara miskin. Kerjasama P2P tradisi di antara wakil negara berbeza dan kumpulan sosial adalah memakan masa, menyakitkan dan tidak boleh dipercayai. Penyelesaian Dinyahpusat P2P AppleTree menghapuskan semua perbezaan dan menawarkan terma dan syarat yang sama untuk semua orang dari mana-mana di seluruh dunia.

Pengembangan Pasaran Global

Penyelesaian Blockchain Pinjaman Sumber Awam P2P AppleTree mewujudkan keadaan menakjubkan dalam penambahbaikan prosedur pinjaman. Ia membenarkan semua orang yang mempunyai akses Internet untuk mencari tempat mereka dalam rangkaian pinjaman P2P di dunia ini. Dengan penyelesaian blockchain kami yang telah siap sedia, pasaran pinjaman P2P tidak lagi tertakluk kepada mana-mana sekatan yang mungkin dikenakan oleh pihak bank atau pengawal selia kewangan. Mata wang kripto membolehkan transaksi selamat di antara pemiutang dan peminjam dari seluruh dunia, mewujudkan tahap kepercayaan dan kecekapan yang lebih tinggi dalam tapak pasaran P2P.